Blog

Perjalanan Kemusafiran di Bumi Kazakhtan Siri V

Semalam hari libur seperti kata orang Indonesia. Kami semua membuat keputusan untuk menikmati suasana kesaljian di atas puncak Symbulak Ski Resort apatahlagi 5 daripada rakan kami dari Amanie dan CSQ Law akan pulang ke Malaysia sebelah malam.

Namun, saya sempat di awal pagi berjumpa dengan Pengerusi dan pemegang saham syarikat yang menguruskan sampah (waste management) di seluruh Almaty berdasarkan konsep PPP. Beliau seorang yang maha sebuk dan saya hanya sempat bersama beliau dalam 10 minit kerana beliau terpaksa bergegas berjumpa President Kazakhtan. Itulah dairi orang yang maha sebuk. Kata pepatah (tidak diketahui asal usul); "Give the job to the busiest, he will deliver". Saya teruskan perbincangan dengan CFO dan ahli lembaga pengarah. Menarik fekah pengurusan kelestarian sampah.

Jam 11 pagi iaitu lewat satu jam kerana mesyuarat mengejut saya di awal pagi - jadual saya yang ketat selalu menyebabkan kelewatan kepada ramai orang (maaf ye), seramai 11 orang dari firma Amanie Advisors dan CSQ Law menaiki Starex ke pusat kereta kabel. Dalam masa 35 minit, kami sudah sampai di destinasi. Ini ski resort yang menarik di atas planet kerana amat dekat dengan bandar.

Ramai antara rakan2 yang pertama kali berada dalam kawasan pengunungan salji yang bertaraf dunia. Senyum lebar mereka sampai ke telinga. Saya pun teruja setiap kali datang melihat gunung yang berselimut dengan keputihan dari langit. Kami bernasib baik kerana di penghujung keberadaan kami di atas gunung salji, salji sepoi-sepoi bahasa turun dengan sentuhan yang lembut ke atas wajah kami. Nikmat yang tidak terhingga.Subnallah...Alhamdulillah....Allahuakbar.

Saya sempat membuat dua sesi FB Life bertajuk Minda Cair dan Minda Beku di atas gunung salji...Memang semuanya beku di atas sana. Kalau anda ada liquid mind (dan liquid asset) dalam kehidupan, anda boleh menguasai diri anda dan juga persekitaran anda.

Saya akan kembali semula ke Almaty dan mungkin juga Symbulak Ski Resort di awal tahun hadapan, insya Allah. Ia selalu membuka jendela kesegaran, keazaman dan paling penting, ketuhanan. Salji adalah ayat (tanda) daripada ayat2 kebesaran Allah.

MDB

 

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search