Blog

Perjalanan Kemusafiran di Bumi Kazakhtan Siri IV

Selepas bertemu dengan Rektor Universiti Nur Mubarak, saya singgah solat Maghrib dan Isya di Masjid universiti. Perut sudah lapar kerana tidak sempat makan tengahari sebab penerbangan ditangguh selama hampir 5 jam semalam. Saya terus ke universiti daripada lapangan terbang. Untuk pengetahuan semua, terlepas makan tengahari adalah perkara biasa dalam perjalanan di luar negara kerana jadual yang ketat.

Masa sudah sampai bagi menikmati jamuan makan malam resepi Kazakahtan. Pasukan Amanie Advisors dari Kuala Lumpur yang beroperasi di Almaty sudah sampai dan menikmati makan malam mereka. Mereka juga terlepas makan tengahari mereka. Saya dikhabarkan mereka hanya sempat makan cokelat di bilik mesyuarat sampai habis. Tak tahu apa yang dikatakan nanti tentang orang Malaysia!

Saya bersama semua rakan sekerja saya di restoran makan malam. Team ini disertai oleh Azura, Amran, Nurah dan Liyana. Saya dapat melihat di wajah mereka rasa teruja mendapat peluang membuat kajian feasibility di Kazakhtan. Semoga ini memberi rangsangan kepada mereka belajar menjadi warga antarabangsa. Saya bangga dengan mereka walaupun mereka asyik sebut tentang cuaca sejuk melampau. Ini biasa kerana semua orang mesti melalui ranjau kesusahan sebelum dinobat sebagai warga antarabangsa.

Selepas selesai makan, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke hotel dalam kesejukan malam di bandar Almaty. Kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan sepanjang perjalanan untuk menghindar sikit rasa kesejukan.

Bagi mereka, acara dan aktiviti sudah tamat. Saya masih ada lagi kerja. Ini biasa bila berada di luar negara. Waktu malam atau lewat malam diberikan kepasa kawan-kawan istemewa atau kawan kepada kawan istimewa. CEO saya di Kazakhtan Edige mengatur pertemuan dengan rakan beliau semasa belajar. Sekarang beliau adalah seorang tokoh hartanah di Kazakhtan. Seorang yang masih muda tapi bervisi tinggi dan juga kritikal.

Terus terang, saya banyak belajar daripada pertemuan di luar waktu pejabat - walaupun agak meletihkan...kerana input dan insight yang dikongsi adalah direct, ikhlas, konstruktif dan bervisi. Saya puas hati dapat segala input.

MDB

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search